Monday, January 25, 2010

Sekolah Berjaya

Assalamualaikum..................
Kepada semua kawan-kawan diploma kohot 2, cuba-cubalah baca artikel ni, tapi jangan lupa komen tau....!

yik.itgo.com/text/sekolahberjayal.html


Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar.Ini adalah kerana pelajar –pelajar pada hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju , satu komitmen yang waja dan jitu adalah diperlukan di kalangan pelajar-pelajar bagi menimba ilmu.

Menurut Mahathir Mohamed (1995) sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa negara Jepun dan Jerman yang pernah kalah dalam peperangan dunia telah bangun semula dan lebih maju daripada negara yang mengalahkan mereka . Ini disebabkan mereka berani dan sanggup mengambil risiko serta mempunyai nilai-nilai yang mulia dan berdisiplin di mana ini membolehkan mereka maju dan mencapai kejayaan.

Bagi melahirkan satu jenerasi yang cemerlang , kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru itu satu reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat , menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara.

Bagi mencapai tujuan tersebut , keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berjaya adalah diperlukan. Sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di dalam akademik , iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran , komitmen di kalangan guru, ibubapa , waris dan seluruh masyarakat malahan kepada gaya kepemimpinan pihak pengurusan sekolah tersebut.

7 comments:

  1. pada pandangan saya, konsep sekolah berjaya akan tercapai sekiranya semua pihak bekerjasama.oleh itu, sekolah berperanan dalam melahirkan modal insan yang sejajar dengan kehendak perdana menteri kita.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat sy pula,klu ingin lihat sesebuah sekolah itu berjaya, pihak kementerian perlulah membekalkan guru yang berkualiti dari segi kemahiran tentang subjek yang diajar serta mampu membuat kn pelajar bermotivasi untuk belajar dengan pendekatan mendidik yg dimiliki oleh guru tersebut dan kementerian perlulah memperkenalkan kaedah pembelajaran yang effektif sesuai dengan perkembangan minda zaman sekarang

    ReplyDelete
  3. Waalaikummussalam..
    Pada pendapat saya,dalam mewujudkan sekolah yang berjaya, setiap orang yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah perlu memainkan peranan. Dalam hal ini,guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah dan memperbaiki peraturan-peraturan dapat menghasilkan kecermelangan kepada pelajar. Guru sebagai pemimpin perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang dan seterusnya dapat mewujudkan sekolah yang berjaya.

    ReplyDelete
  4. assalamulaikum..ustazah siti nor..
    Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju , satu komitmen yang waja dan jitu adalah diperlukan di kalangan pelajar-pelajar bagi menimba ilmu.Bagi melahirkan satu jenerasi yang cemerlang , kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru itu satu reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat , menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, ustazah.
    Saya bersetuju dengan artikel ini. Untuk mencapai matlamat kerajaan dalam wawasan 2020,pendidikan adalah aset penting bagi menyalurkan ilmu kepada rakyat jelata.Oleh yang demikian satu perubahan yang drastik perlu dibuat bagi menjana arus pendidikan yang mantap. Semua pihak perlu mengambil peranan masing-masing baik kerajaan, masyarakat, pihak sekolah dan pelajar.
    Diharap dengan adanya reformasi pendidikan , taraf pendidikan di Malaysia akan meningkat maju sejajar dengan wawasan 20202
    sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  6. salam..
    saya amat bersetuju dengan artikel ini kerana ia membuka mata para pendidik agar maju sejajar dengan perkembangan global masakini. Guru perlu sentiasa bersedia dan bijak menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan bersikap terbuka dalam melahirkan pelajar yang cemerlang.

    ReplyDelete
  7. salam,komentar-komentar tu semua bagus-bagus belaka,cuma nak tambah sedikit,sekarang ni banyak sekolah menghasil kan pelajar yang cemerlang dari sudut pelajaran tetapi tidak berjaya menghasilkan pelajat yang berakhlak tinggi..smam-sama kita fikirkan.....

    ReplyDelete